Minggu 1
Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu.
Senaraikan 10 enjin pencari dan muatkan dalam blog anda.
Minggu 2
Berdasarkan topik mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 yang telah diagihkan,
sila cari bahan yang sesuai dan simpan dalam blog anda. Empat jenis bahan boleh
dimuat turun iaitu bahan audio, video, teks dan grafik. Sila simpan bahan dalam
bentuk:
i. Fail internet
ii. Katalog internet
Minggu
3
Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet
Sila muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan
dalam bentuk brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke
dalam blog anda.
Minggu 4
Internet merupakan pustaka maya yang sangat besar, tiada had dan titik
penghujungnya. Guru mesti bijak menggunakan kemudahan ini untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Empat jenis bahan yang boleh digunakan terdiri
daripada bahan audio, video, teks dan grafik. Sila sediakan bahan-bahan yang
sesuai untuk pengajaran berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 4 serta topik yang
sudah diagihkan. Tugasan merupakan persediaan untuk membuat rancangan
pengajaran menggunakan tapak pembelajaran pada minggu hadapan.
i. 10 bahan audio
ii. 10 bahan video
iii. 10 bahan teks
iv. 10 bahan grafik
Minggu 5
Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web
Pembelajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Bahasa Melayu
· Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu
· Prosedur pembinaan laman web pembelajaran
bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
· Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
· Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
· Membina tapak pembelajaran menggunakan teknologi web yang disediakan di sekolah: Frog
VLE.
Minggu 6
Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran
dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Membina perpautan dan
penyususunan bahan P&P yang dibina dalam Topik 5.
Minggu 7
Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
Melayu
Minggu 8
Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian dan Luar Talian
Minggu
9
Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Dalam Talian Menjadi Brosur, News Letter, dan
Kad pengumuman
Minggu 10
Membina Bahan Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu
No comments:
Post a Comment