TUGASAN 3

Aplikasi Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet

Sila muat turun Garis Panduan dan Etika Penggunaan Internet, kemudian pindahkan dalam bentuk brosur dan powerpoint. Seterusnya muat naik panduan tersebut ke dalam blog anda.

Pengenalan

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah membolehkan maklumat dihantar dan diterima dengan pantas. Kemudahan ini telah membawa kepada peningkatan penggunaan internet dan mel elektronik atau e-mel dalam sektor awam. Hakikat ini turut dipengaruhi oleh bilangan pengguna dan kepentingan maklumat yang kian meningkat dari semasa ke semasa. Komunikasi secara elektronik juga dilihat sebagai salah satu saluran penting dalam membantu mewujudkan perkongsian maklumat. Tambahan pula, kaedah ini membolehkan proses penghantaran dan penerimaan sesuatu maklumat dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Bagaimanapun, pengurusan internet dan e-mel yang tidak terkawal boleh menjejaskan keselamatan maklumat. Justeru, perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujud dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan, keutuhan dan kebolehsediaan maklumat yang berterusan.
 

Tujuan

Tujuan utama garis panduan ini ialah untuk menerangkan tatacara penggunaan internet dan e-mel, meningkatkan tahap keselamatan sistem komunikasi dokumen rasmi dan mengurangkan risiko gangguan operasi internet dan e-mel.
  

Etika komputer
  • Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
  • Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat. 


Masalah moral dan etika

Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu:

a. Penggertak
  • Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
  • Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuan kemusnahan.

b. Penyalahgunaan internet
  • Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

c. Virus
  • Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian, melumpuhkan rangkaian komputer.

d. Hak cipta terpelihara
  • Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hak cipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu

e. Perisian cetak rompak
  • Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.


Prinsip Etika Komputer

· Keseimbangan : Kebaikan yang dibawa oleh teknologi maklumat, mestilah lebih baik daripada risiko dan keburukan.

· Keadilan : segala manfaat dan keburukan teknologi maklumat mestilah diaghih secara adil. Risiko yang diterima haruslah adil untuk belah pihak.

· Keizinan Termaklum : Pengguna harus memahami dan menerima risiko yang akan dihadapi. Apabila telah faham maka mereka lebih bersedia menerima sebarang risiko yang timbul daripada penggunaan computer.

· Meminimumkan Risiko : Teknologi maklumat mesti dilaksanakan dengan mengelak risiko yang tidak berkaitan dan diminimumkan agar manfaat yang diterima adalah lebih daripada risikonya.



Panduan kepada pengguna komputer adalah seperti berikut :
1. Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2. Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3. Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4. Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5. Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6. Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah
7. Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8. Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9. Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10. Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.


CARA MEMBUAT BROSUR MENGGUNAKAN MICROSOFT PUBLISHER
1. Klickan ikon Microsoft Publisher 2010.


2. Kemudian, pilih BROCHURE.

3. Langkah seterusnya pilih design yang anda minat (mengikut kesesuaian brosur). 

4. Sebagai contoh, design yang dipilih ialah Bubble.

5. Padamkan gambar-gambar atau maklumat yang tidak diperlukan. 

6. Setelah itu, masukkan gambar dan butiran yang berkaitan dan save.

CARA MENGHASILKAN POWERPOINT MENGGUNAKAN MICROSOFT POWERPOINT
1. Klickan ikon Microsoft Powerpoint 2010.

2. Kemudian, akan muncul tampilan seperti di bawah.

3. Taipkan tajuk.

4. Kemudian, tambahkan background.

5. Ulang langkah 3 dan 4 untuk menghasilkan slide yang lain.

6. Klik save.

No comments:

Post a Comment